Monday, January 26, 2009

GUNUNG DEMPO,pagaralam.

Dikota kecil yang dipagari oleh alam semula jadi, gunung DEMPO dan jajaran bukit barisan, disitulah terletak sebuah kota kecil tempat aku dilahirkan. sejauh manapun aku melangkah meninggalkannya, PAGARALAM. kau tetap tanah kelahiranku. kalau anda suka mendaki gunung, gunung dempo adalah salah satu destinasi yang harus dituju, terletak dipulau sumatera selatan, Indonesia. dengan ketinggian lebih kurang 3500 meter dari paras laut. mempunyai kawah gunung berapi yang indah tetapi dikategorikan gunung berapi pasif. Diatas puncaknya, walaupun tinggi ada sumber air tawar yang berupa telaga kecil, airnya boleh diminum. sebagai sumber bekalan air minum. jangan lupa gunung ini unik kerana mempunyai dua puncak, satu di namakan gunug MERAPI yang ada kawah, dan satu lagi tiada kawah dinamakan gunung DEMPO. Seakan akan bukit kembar. dan diantara dua gunung itulah terdapat sumber air, seakan percantuman dua batu yang besar dan ditengahnya ada sumber air. lebih kurang begitulah gambarannya. untuk lebuh jelas, daki lah sendiri....... ha..ha.... aku baru dua kali mendakinya.
Ditengah tengah hamparan kebun tea dikaki gunung dempo yang indah, sejauh mata memandang terbentang luas panorama alam semula jadi yang mengagumkan, betapa luasnya ciptaan yang maha esa. seakan akan permaidani diatas bumi. tajuk fhoto ini adalah MENANTI EMBUN DIPAGI HARI. pagaralam, disember 2008.

Wednesday, January 14, 2009

air terjun lematang, PAGARALAM.

Lebih kurang 97 peratus air dimuka bumi ini berada dilautan. Bagai manapun air laut, masin, tidak sesuai untuk diminum ataupun mengaliri kawasan sawah. 2 peratus daripada air itu pula berada dikawasan Antartika dan Artik. sementara bakinya, satu peratus itulah yang digunakan manusia untuk pelbagai kegiatan hidup. Ia sama ada diperolehi dari sungai ataupun tasik tasik. peratusan yang kecil ini juga sering dicemari oleh sisah buangan dari kilang kilang diserata dunia. jadi MARILAH KITA JAGA SUNGAI KITA. Sungai yang bersih, indah dan cantik banyak faedahnya buat kita bersama.

KAKIKU,diair sungai lematang.


TerasA sungguh nyaman merendam kaki diair sungai lematang, seakan akan menjalani rawatan terapi semula jadi, air terjun sungai lematang yang sejuk, terasa sampai ketulang dan gemercik air diselingi suara kicauan burung burung hutan. Betul betul menenangkan dan merupakan santapan jiwa . PAGARALAM-SUMATERA SELATAN-INDONESIA.